Selamat Datang Semua

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Sesi ke 3 atau terakhir ramadhan telah menjelma, semoga amal ibadah kita semua semakin 'speed up' menjelang saat-saat kemenangan. Terima kasih kerana sudi melawat blog ni. Terbinanya kedai online ini dengan izin ALLAH kerana kesedaran untuk mengajak lebih ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat terutama yang bakal dan telah bergelar ibu dan bapa untuk bersama-sama mewujudkan suasana kekeluargaan yang sihat dan selamat dan paling penting suasana yang dapat membentuk keperibadian soleh anak-anak Saya sangat mengalakkan diri saya sendiri dan insan disekeliling saya untuk terus menyokong pendidikan awal anak-anak, penyusuan sepenuhnya bayi terutama 6 bulan pertama dan diteruskan hingga 2 tahun, mengurangkan pendedahan terhadap kimia seperti pengunaan 'disposable diapers', pengunaan vaksin (ini agak kontroversi) terhadap anak pada anak-anak dan mengubah gaya kehidupan kepada yang lebih sihat kerana ianya juga adalah tuntutan .Kita memilih cara kehidupan kita atas apa yang kita yakini dan percaya, jadi pilihlah cara kehidupan yang terbaik untuk kita dan masa depan anak-anak.
InsyaAllah, produk-produk akan bertambah sedikit demi sedikit. Sebarang cadangan dan komentar, bolehlah email pada saya kedaimurohsokmo@gmail.com
Wasalamualaikum
Lots of love.. Emiliana Rose Jusoh


1 Response to "Selamat Datang Semua"

  1. juwita Says:
    24 August 2011 at 04:56

    tahniah sis,semoga niat ikhlas akan diberkati dgn rezeki yang melimpah dn berkat aminn...chaiyok2! aja-aja fighting!! :))